Posts

Showing posts from December, 2021

PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT (FPB) TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Image
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak wujud dengan sendirinya tetapi dirancang dengan teliti serta mempunyai acuannya yang tersendiri.Acuan yang digunakan diambil dari yang terbaik dari Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan  Falsafah Pendidikan Barat (FPB). Biar apapun aliran falsafah yang diikuti, yang pasti dan jelas matlamat falsafah pendidikan kebangsaan adalah dapat mendidik pelajar menjadi insan yang benar-benar baik dan sesuai dengan statusnya sebagai khalifah. Antara aliran falsafah dari FPB yang digunapakai dalam FPK adalah  essensialisme, parennialisme, progressivisme dan eksistensialisme. 1. Aliran Essensialisme Pendidikan essensialisme bersifat fleksible dimana ia terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak terikat dengan dokterin tertentu. Falsafah aliran ini mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumya disusun dari topik yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca.  Menurut Tajul da...